Friday, 8 March 2013

Teknik Menjawab SPM

selamat mencuba :)

FOTOSINTESIS

Apa itu fotosintesis?


Seperti manusia, tumbuhan juga perlu bernafas dan makanan untuk hidup. Fotosintesis ini adalah proses untuk tumbuhan menghasilkan makanan. Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.

    6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Untuk menyempurnakan proses fotosintesis ini, apa yang diperlukan ialah, klorofil pada daun tumbuhan, air, cahaya mtahari , gas karbon dioksida dan air. Jika salah satu keperluannya tidak cukup, maka proses fotosintesis ini tidak dapat berlaku. Proses fotosintesis ini meghasilkan makanan kepada tumbuhan dan menyediakan gas oksigen untuk manusia.



Apa itu Klorofil?


Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorohil.

struktur klorofil


Fungsi Oksigen?


Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan karbon dioksida dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis.

Fungsi Fotosintesis


1. Fungsi utama fotosintesis untuk memproduksi zat makanan berupa glukosa. Glukosa menjadi bahan bakar dasar pembangun zat makanan lainnya, yaitu lemak dan protein dalam tubuh tumbuhan. Zat-zat ini menjadi    makanan bagi hewan maupun manusia. Oleh  itu, kemampuan tumbuhan mengubah energi cahaya (sinar matahari) menjadi energi kimia (zat makanan) selalu menjadi mata rantai makanan.
2. Fotosintesis membantu membersihkan udara, yaitu mengurangi kadar CO2 (karbon dioksida) di udara karena CO2 adalah bahan baku dalam proses fotosintesis. Sebagai hasil akhirnya, selain zat makanan adalah O2 (Oksigen) yang sangat dibutuhkan untuk kehidupan.
3. Kemampuan tumbuhan berfotosintesis selama masa hidupnya menyebabkan sisa-sisa tumbuhan yang hidup masa lalu tertimbun di dalam tanah selama berjuta-juta tahun menjadi batubara menjadi salah satu sumber energi saat ini.

4. Dan yang palin utama sekali, proses fotosintesis ini membekalkan oksigen kepada manusia untuk bernafas.

Wednesday, 6 March 2013

Terapi Rohani





                         




Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani


Banyak kelebihan solat dan doa dhuha...Jom amalkan   

 

SAINS

Apa itu sains ?

Sains dan kehidupan adalah saling melengkapi dan saling bergantungan. Sains adalah sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihat dengan teliti, mengukur, membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Fenomena alam semulajadi yang berlaku disekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Bagaimana ais boleh menjadi cecair, bagaimana seorang bayi menjadi kanak-kanak, bagaimana malam bertukar siang. Ini merupakan contoh-contoh fenomena alam semulajadi di sekeliling kita.
    

Bidang Sains....

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas iaitu :
i) Biologi - Kajian mengenai benda- benda hidup
ii) Fizik - Kajian Interaksi antara bahan dan tenaga
iii) Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas dan penggunaannya
iv) Geologi - Kajian mengenai batuan dan mineral
v) Astronomi - Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet
vi) Meteorologi - Kajian mengenai cuaca dan iklim

Bidang sains juga terbahagi kepada 2 iaitu :
1) Sains Tulen
- Astronomi
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Sains Bumi
- Sains Komputer

2) Sains  Sosial
- Antropologi
- Ekonomi
- Ekologi
- Etimologi
- Komunikasi
- Linguistik
- Psikologi
- Sosiologi
- Pendidikan

Sains merupakan matapelajaran penting dalam sistem pendidikan. Ini dibuktikan melalui  sukatan poelajaran dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan enam. Semua tahap pendidikan mempunyai matapelajaran sains dan dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, Sains menjadi salah satu matapelajaran teras yang wajib diambil oleh pelajar.




Monday, 4 March 2013

HUJAN BATU

Pada entri yang lepas, kita telah melihat kepada kejadian hujan yanng biasa berlaku pada negara kita. Selain dari hujan, negara kita juga pernah dilanda hujan batu. dalam entri in, kita cuba melihat secara lebih jelas tentang kejadian hujan batu ini.

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari  awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.


Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.

Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar. 


Proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika kejadian.

Ini menyebabkan ketulan air batu tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi hingga menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi. Semakin kuat angin, maka semakin besar saiz bebola air batu akan terbentuk.

Namun, cuaca sejuk dan hujan juga bukan menjadi punca terjadinya hujan air batu. Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi. Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, jadi peluang untuk mengalami hujan air batu juga adalah sangat tinggi. 
 

Hujan air batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu. Namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.

Sunday, 3 March 2013

KILAT


Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan kilat.

Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi ?

Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara. 
Semasa pembentukan awan ini, pergeseran diantara awan dengan awan serta pergeseran antara awan dan udara berlaku. Ini menyebabkan banyak cas-cas akan terhasil. Penghasilan cas-cas yang banyak ini akan mengaruhkan  cas positif pada objek-objek yang terdapat dibawahnya atau dengan bahasa yang mudah penghasilan cas yang banyak ini akan menyebabkan objek di muka bumi menjadi cas yang bersifat positif.

Jika daya tarikan diantara kedua-dua cas ini cukup kuat iaitu cas negatif pada awan dan cas positif pada objek di bawahnya ini cukup kuat, bahagian positif dan negatif pada atom awan iaitu molekul awan tersebut akan terpisah. Terpisahnya atom awan ini disebabkan oleh daya tolakan diantara cas-cas negatif atom awan sangat kuat dan menyebabkan tenaga akan dilepaskan dalam bentuk haba dan cahaya. Maka ledakan petir akan berlaku. Pernolakan di antara cas-cas negatif ini di kenali sebagai nyahcas elektrik. Nyahcas elektrik berlaku dengan pantas serta memanaskan saluran nyahcas. Ini menyebabkan udara berkembang dengan cepat dan menghasilkan gelombang kejutan. Gelombang kejutan inilah yang dikenali sebagai guruh.


 Jenis-jenis kilat :

1)   Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.

 2) Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau    sehingga dua juta volt elektrik.

3)  Kilat bebola, yang mana jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung. Tidak berbahaya.

Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun.

Sewaktu kejadian kilat, kita adalah digalakkan menjauhi benda-benda yang cenderung untuk disambar kilat seperti :
i) objek logam
ii) kawasan banyak air terbuka
iii) kawasan yang ramai orang
iv) pokok
v) tiang telefon

Elakkan juga berada pada tempat yang lapang dan tinggi kerana kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi.


Sains dan Islam (Hujan)



Hujan adalah suatu fenomena semulajadi yang sentiasa berlaku pada alam semesta. Hujan ialah merupakan cecair, berlawanan dengan jenis bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering.

Hujan memainkan peranan yang sangat penting dalam kitaran hidrologi, yang mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula. Jika kitaran ini terganggu, bukan sahaja alam semulajadi menjadi tidak seimbang, malahan habitat dan kitaran benda hidup yang lainnya juga terganggu. 

Kitaran Air

Kejadian hujan ini berlaku dalam tiga peringkat iaitu Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul. 

Proses penghasilan hujan ini  telah disebut terlebih dahulu dalam Al-quran iaitu dalam surah Ar-Rum yang membawa maksud 
" Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira"

Dari sini kita dapat lihat terdapat tiga peringkat penghasilan hujan iaitu :

 Peringkat pertama; Dialah yang mengirim angin…..
Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.


Peringkat kedua ; ……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”
Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.


Peringkat ketiga ;…lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.




Penghasilan hujan ini jika dilihat dari segi sains tiada jauhnya bercanggah dari yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bahkan sesungguhnya Al-Quran telah membenarkan fakta kajian sains oleh saintis masa kini.