Sunday, 3 March 2013

Sains dan Islam (Hujan)



Hujan adalah suatu fenomena semulajadi yang sentiasa berlaku pada alam semesta. Hujan ialah merupakan cecair, berlawanan dengan jenis bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering.

Hujan memainkan peranan yang sangat penting dalam kitaran hidrologi, yang mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula. Jika kitaran ini terganggu, bukan sahaja alam semulajadi menjadi tidak seimbang, malahan habitat dan kitaran benda hidup yang lainnya juga terganggu. 

Kitaran Air

Kejadian hujan ini berlaku dalam tiga peringkat iaitu Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul. 

Proses penghasilan hujan ini  telah disebut terlebih dahulu dalam Al-quran iaitu dalam surah Ar-Rum yang membawa maksud 
" Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira"

Dari sini kita dapat lihat terdapat tiga peringkat penghasilan hujan iaitu :

 Peringkat pertama; Dialah yang mengirim angin…..
Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.


Peringkat kedua ; ……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”
Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.


Peringkat ketiga ;…lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.




Penghasilan hujan ini jika dilihat dari segi sains tiada jauhnya bercanggah dari yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bahkan sesungguhnya Al-Quran telah membenarkan fakta kajian sains oleh saintis masa kini.
 

1 comment:

  1. Hi
    Teori "penyejatan - pemeluwapan - hujan" adalah kebodohan manusia, dalam satu halaman, anda akan melihatnya dan menemui alternatif lain saintifik yang baru dan lebih meyakinkan.
    https://pdf.lu/h6vq

    ReplyDelete