Wednesday, 6 March 2013

SAINS

Apa itu sains ?

Sains dan kehidupan adalah saling melengkapi dan saling bergantungan. Sains adalah sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihat dengan teliti, mengukur, membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Fenomena alam semulajadi yang berlaku disekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Bagaimana ais boleh menjadi cecair, bagaimana seorang bayi menjadi kanak-kanak, bagaimana malam bertukar siang. Ini merupakan contoh-contoh fenomena alam semulajadi di sekeliling kita.
    

Bidang Sains....

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas iaitu :
i) Biologi - Kajian mengenai benda- benda hidup
ii) Fizik - Kajian Interaksi antara bahan dan tenaga
iii) Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas dan penggunaannya
iv) Geologi - Kajian mengenai batuan dan mineral
v) Astronomi - Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet
vi) Meteorologi - Kajian mengenai cuaca dan iklim

Bidang sains juga terbahagi kepada 2 iaitu :
1) Sains Tulen
- Astronomi
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Sains Bumi
- Sains Komputer

2) Sains  Sosial
- Antropologi
- Ekonomi
- Ekologi
- Etimologi
- Komunikasi
- Linguistik
- Psikologi
- Sosiologi
- Pendidikan

Sains merupakan matapelajaran penting dalam sistem pendidikan. Ini dibuktikan melalui  sukatan poelajaran dari darjah satu sehinggalah ke tingkatan enam. Semua tahap pendidikan mempunyai matapelajaran sains dan dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, Sains menjadi salah satu matapelajaran teras yang wajib diambil oleh pelajar.




No comments:

Post a Comment