Sunday, 3 March 2013

KILAT


Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan kilat.

Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi ?

Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara. 
Semasa pembentukan awan ini, pergeseran diantara awan dengan awan serta pergeseran antara awan dan udara berlaku. Ini menyebabkan banyak cas-cas akan terhasil. Penghasilan cas-cas yang banyak ini akan mengaruhkan  cas positif pada objek-objek yang terdapat dibawahnya atau dengan bahasa yang mudah penghasilan cas yang banyak ini akan menyebabkan objek di muka bumi menjadi cas yang bersifat positif.

Jika daya tarikan diantara kedua-dua cas ini cukup kuat iaitu cas negatif pada awan dan cas positif pada objek di bawahnya ini cukup kuat, bahagian positif dan negatif pada atom awan iaitu molekul awan tersebut akan terpisah. Terpisahnya atom awan ini disebabkan oleh daya tolakan diantara cas-cas negatif atom awan sangat kuat dan menyebabkan tenaga akan dilepaskan dalam bentuk haba dan cahaya. Maka ledakan petir akan berlaku. Pernolakan di antara cas-cas negatif ini di kenali sebagai nyahcas elektrik. Nyahcas elektrik berlaku dengan pantas serta memanaskan saluran nyahcas. Ini menyebabkan udara berkembang dengan cepat dan menghasilkan gelombang kejutan. Gelombang kejutan inilah yang dikenali sebagai guruh.


 Jenis-jenis kilat :

1)   Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.

 2) Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau    sehingga dua juta volt elektrik.

3)  Kilat bebola, yang mana jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung. Tidak berbahaya.

Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun.

Sewaktu kejadian kilat, kita adalah digalakkan menjauhi benda-benda yang cenderung untuk disambar kilat seperti :
i) objek logam
ii) kawasan banyak air terbuka
iii) kawasan yang ramai orang
iv) pokok
v) tiang telefon

Elakkan juga berada pada tempat yang lapang dan tinggi kerana kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi.


1 comment: